21 April 2009 : Selamat datang kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baru, Pn Hjh Shamsiah binti Jeri. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri mengalu-alukan kehadiran Pn Hjh Shamsiah dan diharap suntikan tenaga baru yang dibawa akan membantu memacu Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri , Johor Bahru ke puncak kejayaan.
------------------------------------------------------------------
20 April 2009 : Tahniah kepada Pn Hisah bt Awang di atas kenaikan pangkat beliau. Beliau akan berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bahru. Segala jasa Pn Hisah akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru.
------------------------------------------------------------------
18 April 2009 : Tahniah kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri , Pn Hjh Zainab bt A. Bakar di atas kejayaan beliau menerima Anugerah Kualiti Kepimpinan Penolong Kanan sempena Hari Q Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru yang diadakan di Jabatan Laut Wilayah Selatan, Gelang Patah, Johor Bahru. Semoga pengiktirafan yang diberikan kepada Pn Hjh Zainab menjadi pendorong kepada semua guru untuk berusaha dengan gigih.
![](/img/hariQ2009a.jpg)
------------------------------------------------------------------
Makluman berkaitan mesyuarat.
Mesyuarat Kejohanan Olahraga Tahunan 2009
i) Tarikh : 20 April 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Sasaran : Guru Sesi Pagi
ii) Tarikh : 22 April 2009 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Sasaran : Guru Sesi Petang
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
i) Program Menggapai Kecemerlangan UPSR Tahun 2009 (Siri 3)
Masa : 7.00 pagi - 5.00 petang
ii) Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 2.
Masa : 7.30 pagi - 12 tengah hari
iii)Aktiviti Kokurikulum Kelab dan Persatuan.
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi