sktgp.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sktgp@zoom-a.com
| SK TANJUNG PUTERI | SEKAPUR SIRIH | AMALAN SEKOLAH | BERITA | GALERI | LAGU SEKOLAH | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | BERITA | GALERI1 |

 

Komen

Laman web ini masih dalam pembinaan, sila catatkan cadangan dan komen di dalam buku pelawat.

Webmaster



28 Februari 2009 : Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan dijalankan di makmal komputer.

 

- Webmaster

                                       ------------------------------------------------------------------

Makluman berkaitan mesyuarat.

i. Mesyuarat Guru

Tarikh  : 26 Februari 2009 (Khamis)

Masa   : 10.30 pagi ( Guru sesi petang )

              2.30 petang ( Guru sesi pagi )

Tempat : Bilik Mesyuarat

ii. Mesyuarat Kewangan bil-1 Tahun 2009

Tarikh  : 28 Februari 2009 (Sabtu)

Masa   : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

                                       ------------------------------------------------------------------

24 Februari 2009  : Selamat datang kepada Encik Saiful Nizam Bin Md Nazri yang akan menggantikan tempat Puan Shurani Binti Jaruman sepanjang beliau menjalani kursus di IPTI.

Encik Saiful Nizam Bin Md Nazri

- Webmaster

23 Februari 2009  : Selamat datang kepada Cik Nurliyana Binti Moh Hussin yang akan menggantikan tempat Encik Saiful Bin Daud sepanjang beliau menjalani kursus di IPTI.

Cik Nurliyana Binti Moh Hussin

17 Februari 2009 : Kejohanan Olahraga Zon Majidi bagi acara balapan telah berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin. Tahniah kepada kuartet  lelaki  yang telah berjaya merangkul pingat perak dalam acara 4 x 200 meter lelaki bawah 12 tahun.

                                                                                                                                                          - Webmaster

 Pergerakan Kakitangan

i.   Ustaz Zaki bin Omar kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru berkuatkuasa 1 Februari 2009. Terima kasih kepada Ustaz Zaki di atas segala sumbangan dan jasa sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri.

Ustaz Zaki bin Omar

ii.  Seiring dengan kenaikan pangkat ke N26, Puan Eaishah binti Othman kini berkhidmat di Sekolah Menengah Impian Emas, Johor Bahru berkuatkuasa 3 Februari 2009. Tahniah kepada Puan Eaishah di atas kenaikan pangkat beliau. Ketiadaan wajah ceria Puan Eaishah di pejabat akan dirasai oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru.

                                                                                                                                                           - Webmaster

14 Februari 2009 : Kejohanan Olahraga Zon Majidi bagi acara padang telah berlangsung di SJK(C) Foon Yew1. Tahniah kepada adik Nasrullah Bin Md Zamry dan adik Nabila Aishah Bt Abdullah yang masing-masing berjaya merangkul pingat gangsa bagi acara lompat jauh lelaki bawah 12 tahun dan lompat jauh perempuan bawah 12 tahun. Tahniah juga kepada pengurus pasukan sekolah dan guru-guru yang terlibat. Semoga usaha yang diberikan akan diteruskan untuk mencapai lebih banyak lagi kecemerlangan dalam sukan.

                                                                                                                                                            - Webmaster 

Aktiviti sekolah pada 14 Februari 2009.

i.Gerak kerja kokurikulum unit beruniform, kelab dan persatuan.

** Tahniah kepada semua murid yang hadir untuk gerak kerja kokurikulum dan tahniah kepada semua guru yang telah mengendalikan unit masing-masing dengan jayanya.

ii.Program Kem Bestari Solat bagi murid-murid Tahun 3.

**  Program Kem Bestari Solat Siri ke-2 dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Agama Islam dan guru-guru JQAF. Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua murid yang hadir.

                                                                                                                                                            - Webmaster 

13 Februari 2009 : Program Aspirasi Menggapai Kecemerlangan Akademik bagi murid-murid Tahun 6 diadakan pada 13 dan 14 Februari 2009. Program dikendalikan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang diketuai oleh YM Raja Ahmad Fauzi. Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini dalam usaha kita untuk memantapkan murid-murid agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

                                                                                                                                                           - Webmaster

10 Februari 2009 : Tahniah kepada Puan Nor`azah, Puan Shurani dan Encik Saiful yang telah ditawarkan untuk menjalani Kursus Dalam Perkhidmatan selama 14 minggu di IPTI. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk terus memajukan sekolah dan murid-murid yang tersayang.

                                                                                                                                                           - Webmaster

Sekolah akan ditutup pada hari Isnin, 9 Februari 2009 sempena cuti Perayaan Thaipusam 2009. Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa, 10 Februari 2009.

                                                                                                                                                           - Webmaster

8 Februari 2009  : Selamat menyambut Perayaan Thaipusam kepada semua yang beragama Hindu.  

                                                                                                                                                           - Webmaster

SELAMAT MENYAMBUT THAIPUSAM 2009 KEPADA SEMUA WARGA SK TANJUNG PUTERI, KHUSUSNYA KEPADA CIKGU GOPALA DAN PARA PENGUNJUNG LAMAN WEB INI.

7 Februari 2009 : Kejohanan Bola Jaring Zon Majidi 2009 berlangsung di padang sekolah. Tahniah kepada pasukan-pasukan yang berjaya dan pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili Zon Majidi.

                                                                                                                                                               -  Webmaster

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Jaring Zon Majidi pada 7 Februari 2009 (Sabtu). Sebanyak 17 pasukan akan berkunjung untuk berentap dalam kejohanan yang akan berlangsung bermula jam 8.00 pagi. Semoga berjaya kepada semua pasukan yang akan bertanding terutamanya kepada pasukan tuan rumah.

                                                                                                              - Webmaster

2 Februari 2009 : Murid - murid tahap 1 menjalani pemeriksaan kesihatan.

                                                                                                                                                   - Webmaster

2 Februari 2009 : Murid - murid Tahun 1 menduduki Ujian Penapisan KIA 2M Tahun 2009.                                                                                                                        

 - Dalilah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2009 KEPADA SEMUA WARGA SK TANJUNG PUTERI, KHUSUSNYA KEPADA CIKGU TER KEE LENG DAN PARA PENGUNJUNG LAMAN WEB INI.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: